Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.  Hadis ada mengatakan;
'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".
Firman Allah Taala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri,  supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)
Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika anda tidak kenal diri sendiri,  bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda,  badan,  muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota anda itu.  Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah.  Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan,  bila dahaga anda minum,  bila marah anda memukul dan sebagainya.  Jika anada bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan anda.  Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
  • Apakah ada dalam diri anda itu?
  • Dari mana anda datang?
  • Kemana anda pergi?
  • Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?
  • Apakah sebenarnya bahagian dan apakah sebenarnya derita?
Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan.  Sebahagian pula bersifat Iblis dan sebahgian pula bersifat Malaikat.  Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada;  dan yang tidak perlu.   Jika anda tidak tahu,  maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagian anda itu. Kerja binatang ialah makan,  tidur dan berkelahi.  Jika anda hendak jadi binatang,  buatlah itu sahaja.  Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia,  pandai menipu dan berpura-pura.  Kalau anda hendak menurut mereka itu,  buatlah sebagaimana kerja-kerja mereka itu.  Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi.  Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan.  Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan,  maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan meikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu.  anda hendaklah tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu.  Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?.  Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu,  anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.
Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir,  iaitu badan;  dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh.  Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam sebelah kiri badan.  Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang menggunakan semua keupayaan;   yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya.  Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib.  Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya.  Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.
Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri.  Dengan cara ini,  dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu".  Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum.  Dalam Al-Quran ada diterang;
Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh.  Katakanlah Ruh itu adalah dari Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)
Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang tidak boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar".  Ianya bukanlah tidak ada permulaan.  Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah.  Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah permulaan yang mesti ada dalam perjalanan Agama,  tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu;  seperti tersebut di dalam Al-Quran;
"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami,  nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)
Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini,  bagi mencapai pengenalan kepada diri dan Tuhan,  maka
  • badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,
  • Ruh itu ibarat Raja.
  • Pelbagai deria(senses) dan keupayaan(fakulti) itu ibarat satu ketumbukan tentera,
  • Aqal itu bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
  • Perasaan itu ibarat Pemungut Hasil.
  • Marah itu ibarat Pegawai Polis.  Dengan pakaian Pemungut Hasil,  perasaan itu berterusan ingin hendak merampas dan merabuk.  dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekasaran.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer